Selasa, 29 Oktober 2019

Pulau Langkawi

Bercuti di Pulau Langkawi


Pada 29 Julai 2019 sehingga 1 Ogos 2019, saya bersama kakak saya dan 2 orang rakan sekerjanya bercuti di Pulau Langkawi. Kami memilih percutian ke Pulau Langkawi kerana kami merasakan tempat tersebut lebih menarik. Kami berada di Langkawi selama 4 hari 3 malam sahaja.

29 Julai 2019 - Jam 6.30 pagi, aku dan kakakku diambil oleh Izzah di rumah menaiki kereta Alza. Selama 15 minit masa diambil untuk kami meletakkan bagasi ke dalam kereta. Selepas itu, kami ke rumah Azizah yang terletak di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar. Kemudian kami terus bertolak melepasi plaza tol Kuala Kangsar. Sepanjang perjalanan, kami hanya berbual sedikit dan menyambung tidur yang diganggu berikutan masing-masing masih dalam mengantuk. Tetapi tidak bagiku. Aku tidak boleh tidur dalam kereta jadi aku hanya membuang pandangan ke luar kereta sepanjang perjalanan. Dapat ku dengar Azizah melayan perasaannya sendiri dengan mendengar lagu menerusi aplikasi Joox. Kami tidak mengalami kesesakan jalanraya berikutan masih hari sekolah pada masa itu. Perjalanan kami mengambil masa selama 6 jam.

Kami sampai di Kuala Perlis seawal jam 11.15 pagi. Disebabkan kami punya tiket feri jam 1.30pm, kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di situ. Makan dan mengambil gambar di tepi jeti. Selepas jam menunjukkan jam 1pm, kami menunggu kawan Izzah yang tinggal berdekatan situ untuk menjaga keretanya selama kami di Pulau Langkawi. Saya pun tidak pasti mengapa mereka tidak mahu memarkir kereta di tempat letak kereta dengan sewa. Mahu berjimat barangkali.

1.30pm feri tiba di jeti. Kami segera ke pintu scan tiket dan masuk ke feri. Lebih kurang 20 minit juga kami menunggu feri untuk bergerak. Tidak sabar rasanya mahu sampai di Pulau Langkawi. Kami tidak dapat melihat permandangan laut kerana dudk di tempat paling hadapan yang mana hanya nampak awan sahaja kerana feri kan terumbang-ambing ke atas.

Selepas tiba di Jeti Langkawi, kami menunggu orang mengambil kami kerana kami menyewa keretanya. Selepas menghantarnya, kami bergegas ke inap desa kami yang terletak di Cenang, iaitu di Tokjah Homestay, Pantai Cenang, Langkawi.


Kami menempah 2 bilik berasingan, aku dan kakakku sebilik manakala Azizah dan Izzah sebilik.

Kami tidak keluar kemana-mana dan hanya merehatkan diri di dalam bilik sepanjang petang itu. Pada jam 8.00pm baru kami semua keluar mencari makan. Pada mulanya kami menaiki kereta dan berpusing satu Pantai Cenang. Selepas melihat terdapat gerai-gerai di Cenang Walk dan hanya berada dibelakang inap desa kami, kami memutuskan untuk meletak kembali kereta dan berjalan kaki sahaja. Kami meminum Big Cup Thai yang beharga RM5 dan makan makanan bergoreng. Kami pulang ke bilik pada jam 12a.m

30 Julai 2019 - Pada hari ini, kami melakukan aktiviti di SkyCab iaitu menaiki kereta kabel. Kami bersarapan dahulu di restoran berdekatan sebelum bergerak ke Skycab yang terletak sejauh 21km dari inap desa kami. Kami telah membeli tiket aktiviti-aktiviti kami secara online, jadi hanya perlu tebus sahaja di kaunter


Terdapat 4 aktiviti kami lakukan iaitu SkyCab (menaiki kereta kabel), SkyBridge, SkyTrex dan 3D Art Langkawi

SkyBridge
SkyBridge merupakan aktiviti berjalan di jambatan atas awan selepas menaiki kereta kabel. Anda boleh rasa keseronokn berjalan disitu dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan terasa menyegarkan. Jambatan juga terasa bergoyang. Awas jika anda gayat! Hahahaha

 Menaiki kereta kabel

 Permandangan Langkawi dari atas

3D Art


Pada sebelah petang, kami ke Underwaterworld. Kami mempunyai masa selama sejam sahaja kerana Underwaterworld akan tutup operasi pada jam 6pm.

sekadar gambar kenangan :)

Pada sebelah malam, kami berjalan di Pantai Cenang. Ini antara aktiviti yang aku sempat rakam.





31 Julai 2019 - Kami melakukan aktivti lasak, iaitu menaiki bot di Langkawi Kilim Geoforest Mangrove Tour


GUA KELAWAR


TANJUNG RHU 

1 Ogos 2019 - Selesai sudah 4 hari kami disini. Rasa tidak mahu balik! Kenangan yang tercipta disini tersangatlah menyeronokkan. Harap lain kali dapat kesini lagi. InsyaAllah.

https://bukudiariaidashari.blogspot.com/